bukamata: borak dan lepak

assalamualaikum wbt..

bila korang nampak je perkataan bukamata je muncul kat tajuk....aah faham2 jela....post entri nie pasal apa...entri yang ditulis untuk tema bukamata ialah apa-apa yang ain baca dan ada ilmu yang rasa patut share dengan korang...jadi untuk entri yang pertama bagi tema bukamata ini ialah...*jeng..jeng..jeng*

"Umat Islam dilarang borak,
lepak di tepi jalan"

(petikan dari Berita Harian, 12/11/12)

artikel ini ditulis oleh Dr.Engku Ahmad Zaki Engku Alwi...apa yang menarik yang ingin ain sampaikan di sini ialah mengapa gejala lepak ini dilarang..ain tahu..susah nak buang tabiat nie..lagi-lagi kita ni orang Malaysia dan cuba tengok kat kawasan sekitar taman perumahan korang...mesti ada kedai mamak kan...pernah ke korang tengok kedai mamak tu kosong? ......tak sah kalo x penuh kedai mamak tu malam-malam...lebih2 lagi kalo time tengah musim bola..pergh...bersusun cawan atas meja...


teh tarik satu !


dalam artikel tu juga ada meceritakan mengenai teguran Rasullulah SAW kepada sahabat:

" Pernah pada satu hari Rasullulah SAW melewati satu jalan dan Baginda SAW terserempak dengan beberapa sahabat yang asyik berborak dan melepak di tepi jalan. Melihatkan itu, Rasullulah SAW berkata: ' Jangan kamu sekalian berborak dan melepak di tepi jalan!.' Tetapi sahabat menjawab: 'Bagaimana mungkin kami dapat meninggalkan amalan ini kerana hanya di situlah sahaja kami dapat berborak dan bercakap sesama sendiri.' Kemudian Baginda SAW memberikan mereka pilihan: 'Jika kalian semua tidak dapat meninggalkan kebiasaan itu, maka hendaklah kebiasaan itu, maka hendaklah kamu tunaikan hak jalan ini'. Sahabat berkata: 'Apakah hak jalan ini?'. Nabi SAW menjawab: ' Tundukkan pandanganmu, elakkan daripada menganggu orang lain,menjawab salam serta mencegah kemungkaran'. "  (riwayat Bukhari dan Muslim)

jadi sebenarnya tidak salah juga kalo nak lepak sebab mungkin ini satu-satunya cara untuk merapatkan ukhwah atau hubungan silaturahim sesama kita...tapi kalo nak juga kena patuhi syarat2 nie...x banyak pun ada 4 je..

1. TUNDUKKAN PANDANGAN
- jangan lah time kita lepak tu kita tengok perkara-perkara yang boleh membangkitkan nafsu syahwat dan yang boleh mendatangkan dosa. Nak contoh ke?....Rasenya korang tahu kan ? kan? kan?

2. ELAKKAN MENGANGGU ORANG LAIN
- kena beringat lah time lepak tu kena beringat....kalo orang sebelah dah mula pandang2...ada bisikan2 halus kat tepi...maksudnya korang dah terlebih sudah....mungkin korang rase best bila jadi center of attraction tapi kena beringat perasaan orang kat sekeliling kita..pendek kata, segala jenis gangguan zahir mahupun batin is a NO-NO!

3. MENJAWAB SALAM
-bayangkan korang tengah syok berborak,tetibe ada orang kasi salam....time tu nak jawab ke x?...Jawapannya: jawab le...kan orang dah kasi salam tu....menurut Islam, hukum mengucapkan salam adalah sunat tapi wajib untuk menjawab salam....jadi lepas nie jangan lupa jawab salam...walaupun time tu korang tengah syok mengumpat study group..

4. SERU BAIK CEGAH MUNGKAR (amar makruf nahi mungkar)
- Rasullulah SAW bersabda: "Sesiapa yang mengajak kepada kebenaran,maka dia telah mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan pahalanya sedikitpun juga. Sebaliknya, sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan, maka dia telah menanggung dosa seperti orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan dosanya sedikitpun" (Hadis Riwayat Muslim)

kesimpulannya, jatuh hukum dilarang tu kalo korang lepak tu banyak keburukannya...kalo yang perempuannya boraknya mungkin ditambah perasa MSG (mengumpat sesama girlfriend)....kalo lakinya...erk...x tahu la korang laki borak pasal apa....but the point is, boleh borak tapi patuh syarak..

see yah !!


Comments